1 comments

TakABbUR~~

aloOOP!!
hOhOhO..
bersua kite kembali dalam ruangan hOhOhO..
yg dihostkan oleh sye sndri, har har har sHAh hOhOhO.. hahahaha..
ermm hri ini saya nk cte kat kowang pasl SOMBONG ATAU TAKABBUR

Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.

Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhlukpun di dunia ini yang mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong. Ini kerana, kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t., dan tidak ada seorangpun yang boleh memilikinya. Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu ilmu pengetahuan, amalan dan peribadatan, keturunan, keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal, harta kekayaan, kekuatan fizikal dan kuasa atau pengaruh.

Jadi terdapat beberapa TIPS menghindari sifat ini yang ingin saya kongsikan di sini.. dan tipsnya ialah :

1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita.

2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa.

3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita.

4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa.

5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu.

6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.

Sebagai suatu kesimpulan, sesungguhnya sifat sombong atau takabbur, selain ia dicela di dunia oleh Allah serta orang-orang mukmin, ia adalah sifat yang amat merugikan seseorang itu di dunia dan di akhirat. Apakah kita sebagai hamba yang penuh kedhaifan dan serba kekurangan ini layak untuk menganggap diri kita hebat? Sebagai manusia, Allah menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan tertentu agar kita menjadi lebih mudah untuk meniti perjalanan hidup ke arah kehidupan yang lebih abadi. Kelebihan yang diberi bukanlah bererti yang kita diberi izin untuk mendabik dada kepada orang lain. Suatu hakikat yang perlu kita sama-sama sedari ialah, tidak ada manusia yang sempurna dari segala segi. Di mana kelebihan manusia, di situlah sebenarnya kelemahan atau kekurangannya berada.

Maka kita sewajarnya sama-sama menginsafi bahawa keagungan, kehebatan dan sifat sombong itu hanya dimiliki oleh Allah. Dan bagi manusia, sifat sombong atau takabbur sebaik-baiknya dengan dengan sifat tawaddhu'. Sifat tawaddhu' adalah sifat rendah diri dan menginsafi diri bahawa manusia itu perlu sentiasa berada di bawah ketundukan dan ketaat kepada Allah s.w.t. Sifat inilah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t. Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud;

"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."

JOM BERAMAL~~

SENYUM SOKMO
=)

2 comments

HaRi aKu UpdaTE BlOgG Aku Nie~~

alOOp!!
hOhOhO
bersua kte lagi dalam ruangan ini.. bersama host anda, ShAh hOhOhO..
ngah ngah ngah.. ermmm.. (tgh pkir nk wat pew)..
huh nk smbung cte la..
semuanya bermula ketika aku mencari membe2 ku..
" mne la diowang nie??? " aku g kat BLOK B.. "aik!! (terkejut la kononnye) waahh bilik komputer dah buka.. cm best jew kalo aku msuk, leh ON9.. DOTA kew.. hehehe..=)" n then tnpa membuang masa aku pown msuk dan duduk tros kat pc.. xtau la plak kna tulis nme hahahaha.. dh EXCITED sgt la katakan.. huhuhu.. aku pown on9 jew la ngan buka blog..aku nie.. tmpt pc nie buka smpai kul 12 jew.. lps kul 12 aku g bilik GjOe.. dah g x tau plak nk wat pew.. diowng sibuk nk men DOTA.. huhuhu.. tp tu mmg xtvt ble dah buhsan.. lpas tu aku blik bilik rehat la.. pastu aku g bilik diowang blik.. sume dah abes men gme.. pastu aku pown gne laptop Gjoe.. pe lagi, on9 la.. hahahahaha.. buka FACEBOOK n BLOG CMNIE aku nie.. dah buhsan2 aku try la edit blog aku nie, dan akhirnya jd la .. har har har har.. 1HARI aku x tdo..
lpas subuh bru aku tdo.. hahaha.. pastu bgung lmbat.. ngah ngah ngah.. (ktawa besar)..
ermm dah la JOM g wat ape yg ptut.. hahaha..

SENYUM SOKMO =)

2 comments

HaRi YanG aGAk SePi~~ (hurmm..)

alOoP!!
hOhOhO..
bersama kte lagi dgn saye..sHaH HoHoHo (mood sdey, so x ckp bnyk.. hurmm...)
wuuuuaaaa!!!
hari ini, ialah hari2 yang kdang2 dnnt2kan oleh sume student..
hari ini, ialah hari di mana diowang nk blik umah.. (mne yg blik ar, yg x blik, senasib dgn aku)..
hari ini, ialah hari aku wat report, pastu dah anto dah td.. YeaaHH!!! best btol.. siap dah.. (eeh2 tuka mood sdey blik..hurmm)..
hari ini ialah hari jumaat huhuhu.. ble dah cmtu, dah kira msuk mggu cuti.. mggu cuti dah msuk minggu..
STUDY WEEK..
aiyoyoyoyo.. di mana aku nk pergi melepak dan mungkin study..
membe2 ramai yg blik plak tu.. xbest nye.. huhuhu.. aku x dapat nk men
DOTA..
argghh.. mne aku nk pegi.. KAWAN_KAWAN tolong..
bosan la ble kowang xdew.. sepi jew.. BOSAN BOSAN!!.. nk kuar jalan2 PULUS xdew..
aiya.. cmne la aku nk isi mggu aku nie.. alahai..
"di mana nk ku g lepak.. tmpat yg best.. bla.. bla.. bla.." .. "ngko nnyi kew shah??" hahaha..
aiyayaya.. mne aku nk g nie??? ape aku nk wat nie?? ape nk jadi nie??..
dah la.. aku kna try gak mengisi kesepian ku ini..
JOM jalan2 satu K2.. menceriakan hari mu..
hahaha..
JOM JOM JOM..
SENYUM SOKMO =)